Harapan rakyat kepada negara pada masa depan:
1. Sebuah polisi yang terbuka yang membenarkan rakyatnya menggunakan potensi dengan sepenuhnya; manakala, polisi tersebut juga akan membantu dalam sektor ekonomi dan pembelajaran, tanpa mengira kaum. Ini akan memastikan kumpulan yang lebih lemah dalam kedua-dua sektor ini mencapai tahap persaingan yang tertentu.
2. Kerajaan perlu lebih berusaha dalam membanteras budaya rasuah di kalangan organisasi kerajaan dan bidang swastar memandangkan budaya ini semakin memujarat dalam masyarakat. Sebuah masyarakat yang kurang berasuah akan mengmewujudkan masyarakat yang lebih beretika dan rakyatnya akan lebih percaya kepada kerajaan itu.
3. Pemimpin-pemimpin eksekutif kerajaan memerlukan perubahan atau revolusi, jika perlu, bersedia untuk pertukaran keseluruhan supaya dapat berkhidmat kepada rakyat dengan sepenuhnya.
4. Kerajaan memerintah dengan kematangan dan beretika sebagai bimbingan asas.
5. Pemerintahan dengan system yang lebih bening.
6. Kepelbagaian budaya dan bahasa menjadi asas ekonomi globalisasi negara.
7. Masyarakat yang selamat dan politik yang kukuh.
8. Mengamalkan 5 prinsip Rukunegara yang membenarkan bahasa ibunda sebagai bahasa pelajaran, kebebasan beragama, dan menghormati keutamaan hak kaum Bumiputra.
9. Jangan memandang populasi kaum sebagai ancaman sesebuah kaum kerana ia sebenarnya adalah sebuah fenomena biasa. Tambahan pula, hak-hak antara kaum telahpun jelas ditetapkan dalam perlembagaan.
10. Tukar system laporan media dari segi pandangan berlainan berasaskan “bahasa dan kaum” kepada “satu negara satu suara”, iaitu menyelaraskan kesemua laporan supaya membantu dalam polisi negara yang baru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment