Thursday, July 2, 2009

Melahirkan Pemuda Malaysia Yang Hebat Bertanding Di Arena Antarabangsa

(Kuala Lumpur, 2) Mengikuti pengumuman Perdana Menteri juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 Jun 2009 bahawa penghapusan syarat 30% pegangan ekuiti bumiputera dalam usaha menarik pelaburan asing dan pengurangan had kuasa Jawatankuasa Pelabur Asing (FIC), Ketua Jawatankuasa Strategi Pemuda BN berkata polisi ini diumumkan tepat pada masanya.

Neil Foo berkata bahawa Malaysia perlukan polisi ekonomi yang lagi agresif and terbuka and pentadbiran awam yang lebih cekap. Pada era globalisasi ini, Malaysia perlu berusaha meningkatkan kecekapannya supaya dapat bertanding dengan negara lain, terutamanya dari segi ekonomi.

Ketua urusetia itu berkata bahawa ramai negara dalam pembangunan, seperti Indonesia dan Vietnam telah pun menghapuskan system kuota dalam ekonomi. Penghapusan ini telah berjaya mencetuskan perkembangan dari segi ekonomi dengan kemasukan pelabur asing. Dalam kata lain, ini telah meningkatkan kecekapan kedua-dua negara itu kerana polisi itu dijalankan pada masa yang betul.

“Kerajaan perlu melaksanakan polisi ini secepat mungkin kerana sekarang adalah masa yang sesuai. Peluang ini mungkin akan terlepas jika terlalu panjang masanya digunakan dalam penetapan polisi,” kata Foo.

Selain itu, ketua jawatankuasa strategi itu menunjukkan bahawa selain dapat menarik lebih ramai pelaburan asing ke dalam negara, polisi ini juga akan mencipta peluang kepada ramai pemuda kita untuk bekerjasama serta belajar daripada negara yang lebih maju. Ini juga dapat menggunakan bakat-bakat dalam negara ini dengan sepenuhnya serta mengurangkan bilangan pengaliran bakat kita ke luar negara.

No comments: