Sunday, June 6, 2010

Rally 1 Malaysia

Pemuda Barisan Nasional akan menganjurkan Rally 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil pada 12 Jun bermula jam 12 tengah hari. Program yang akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak dan bakal menghimpunkan kehadiran seramai 15 ribu orang golongan muda dari pelbagai latar belakang agama dan kaum, termasuk penyertaan pertubuhan-pertubuhan belia dan NGO. Rally 1Malaysia adalah program yang menonjolkan semangat 1Malaysia di kalangan belia negara yang mampu menerima keunikan dan perbezaan masing-masing demi mencapai satu hasrat bersama sebagai generasi muda Malaysia.Tujuan Rally1Malaysia ini adalah utk menghimpunkan seramai mungkin anak-anak muda malaysia bagi menunjukkan sokongan yg tidak berbelah bagi terhadap gagasan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri.Rally 1Malaysia akan dimeriahkan dengan persembahan artis-artis terkemuka tempatan dalam satu konsert percuma. Disamping itu, Rally 1Malaysia akan menyaksikan persembahan seni mempertahankan diri oleh lebih 1000 orang belia Melayu, Cina dan India serta persembahan eksklusif lagu “1Malaysia” oleh kumpulan koir dari Universiti Kolej Lim Kok Wing, Cyberjaya.Kehadiran orang ramai dari pelbagai latar belakang berserta barisan acara yang membabitkan berbilang kaum diharap akan menyuntik semangat perpaduan yang lebih jitu antara belia seluruh negara, sejajar dengan hasrat 1Malaysia. Rally 1Malaysia bakal menterjemahkan semangat 1Malaysia melalui kesedaran mengenai keunikan budaya satu sama lain yang tidak pun melunturkan keseragaman aspirasi belia Malaysia.Kemuncak kepada acara Rally 1Malaysia adalah pelancaran program Jelajah One Malaysia (JOM). JOM adalah satu program turun padang Pemuda Barisan Nasional bagi mendekati masyarakat seluruh negara bagi merasai denyut nadi mereka dan bersama-sama melaksanakan pelbagai program yang diyakini dapat membantu merealisasikan hasrat 1Malaysia. Sebuah bas JOM yang bakal membawa Pemuda BN menjelajah seluruh negara akan dilancarkan oleh YAB Perdana Malaysia.Sepanjang program turun padang JOM, aktiviti-aktiviti yang bertemakan kebajikan, kesukarelaan, sukan, kesenian dan kebudayaan akan dilaksanakan kerana ia dirasakan mampu untuk menyerlahkan semangat perpaduan dan berpasukan antara anak-anak Malaysia berbilang kaum dan agama.Rally 1Malaysia bukan saja akan menjadi satu perhimpunan raksasa yang menyatukan anak Malaysia bagi menyokong gagasan 1Malaysia, tetapi akan disusuli JOM yang akan menjadi medan untuk menggerakkan anak Malaysia untuk menghayati dan merealisasikan hasrat 1Malaysia.

No comments: